Wednesday, 30 December 2015


Sejarah Daro

Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian MukahSarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.
Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.
Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran.
                                                                                                                   sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Daro


     
Daro Mukah Sarawak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, blog ini bertujuan untuk memperkenalkan tempat saya iaitu Daro. Daro mempunyai pelbagai kampung iaitu kampung baru, kampung masjid dan sebagainya. Selain itu, di tempat saya juga mempunyai pelbagai kaum seperti cina, melayu , iban dan melanau. 

Daro mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi seperti sektor pertanian, perniagaan dan penternakan. Terdapat juga pelbagai jenis pengangkutan di daro iaitu bot ekspress, van , dan sebagainya.
 
     

1) Pengangkutan
                                      

   Bot Ekspress

    Pengangkutan bot ekspress dapat memudahkan rakyat di daro kerana mempunyai kos yang rendah dan selamat. Secara tidak langsung, penduduk daro dapat melancong ke luar daro dengan mudah. Sebagai contoh , daro ke sibu mengambil masa selama 2 jam 30 minit.


2) Kegiatan Ekonomi

Penduduk di daro menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti perikanan dan perniagaan. Aktiviti perikanan sesuai dilakukan di daro kerana ia berdekatan dengan sungai. Kebanyakkan aktiviti perniagaan dijalankan oleh kaum cina. Selain itu, kampung badong juga terkenal dengan jualan 'pipus' secara kecil kecilan. Mereka menjual jualan mereka berhampiran dengan jalan raya.


3) Tugu Daro



4) Makanan Tradisional
 
    Daro mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional iaitu sagu, umai, linut ,kupas (udang kering),obor obor dan lumik kering. Makanan ini masih diamalkan oleh masyarakat di daro.


                         

Sagu
-Sagu ini pun sedap kalau makan dengan pisang atau durian

 linut





                             
                                              Udang kering atau dikenali sebagai kupas


Obor-obor rendam yang telah dimasinkan

5) Jambatan Kampung Baru

     Jambatan kampung baru menghubungkan kampung baru dengan pasar. Ini dapat memudahkan penduduk di kampung baru untuk membeli belah di pasar. Secara tidak langsung, ini dapat menjimatkan tenaga pergerakan.

6) Air Pasang

    Daro sering dilanda air pasang kerana berdekatan dengan sungai. Antara kebaikan air pasang di daro adalah dapat mengadakan pelbagai aktiviti iaitu berkayak ,memancing, dan sebagainya. Ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim penduduk di daro dengan adanya aktiviti tersebut.

7) Pasar Tani
   
     Daro mengadakan pasar tani pada setiap hujung minggu. Antara jualan yang dijual adalah seperti kuih muih, kain , air minuman dan sebagainya. 


Harapan

      Saya mengharapkan daro tidak dilupakan malah harus dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan mewujudkan banyak banggunan perniagaan seperti kfc dan lain-lain. Selain itu, jangan jadi 'Kacang lupakan kulit' yang melupakan asal usul sendiri.




























No comments:

Post a Comment